Monday, November 24, 2008

Mari Menternak Arnab

Mengapa Arnab?

Antara sebab-sebab yang menjadikan penternakan arnab menjadi semakin popular hari ini:
  1. Tidak seperti kambing dan lembu, ternakan arnab tidak memerlukan kawasan yang luas, secara optimum keluasan 1 ekar boleh menampung 10,000 ekor arnab
  2. Semasa dunia dilanda wabak selesema burung beberapa tahun lalu, para penternak tercari-cari ternakan alternatif, maka pada masa itulah tercetusnya idea untuk manusia memilih arnab sebagai ternakan prospektif.
  3. Daging arnab yang mempunyai sumber protein yang sangat baik disamping kadar kolestrol yang rendah adalah terlalu baik jika dibandingkan dengan daging ayam, kambing, lembu mahupun khinzir.
  4. Dalam kontex haiwan peliharaan pula, arnab juga tidak kalah dari sudut kecantikannya, kemanjaan, aksi aktif dan boleh diajar untuk tidak meyepahkan najis. Ia tidak berbunyi bising dan tidak mengganggu.
  5. Harga pasaran arnab samada untuk pet mahupun pedaging adalah amat tinggi sekarang ini gara-gara permintaan mengatasi pengeluaran. Maka keadaan ini hanya berkekalan dalam tempoh 5~10 tahun sahaja. Maka penternak terawal akan menikmati ganjaran yang terbaik sebelum lambakan pasaran terhasil.
  6. Sebagai haiwan yang sering menjadi mangsa, kadar pembiakan arnab adalah sangat tinggi 6 kali setahun mankala kadar pada setiap kali kelahiran adalah 6~9 ekor.

Maka adalah amat rugi sekiranya penternak bumiputera tidak mengambil peluang ini. Indusri Halal Hub menawarkan pasaran yang amat besar untuk daging arnab ini, malangnya setakat hari saya menulis ini, belum ada satupun penternak bumiputera yang mempunyai lebih dari 2000ekor arnab sedangkan beberapa Ladang penternak berbangsa Cina telah mempunyai puluhan ribu arnab. Namun jumlah keseluruhan masih terlalu sedikit, masih jauh untuk memenuhi pasaran tempatan, apatah lagi untuk tujuan pengeksportan produk halal.